Injil Yudas

Tajuk utama akhbar-akhbar di serata dunia melaporkan Injil Yudas yang hilang dijumpai semula dan diterjemahkan. Laporan injil ini memberikan kisah baru kehidupan Yesus dan perhubunganNya dengan Yudas yang digambarkan bukanlah seorang pengkhianat seperti yang digambarkan di dalam Injil-Injil Perjanjian Baru. Malah dialah seorang hero dan pengikut kanan Yesus yang paling dipercayai di mana pengkhianatan Yesus adalah atas permintaan Yesus sendiri. Injil ini juga menyatakan Yesus mendedahkah ilmu rahsia kepada Yudas yang mengarahkannya menyerahkan Yesus kepada pihak berkuasa Rum. Daripada menggambarkan ketamakan Yudas dan dihasut syaitan, Yudas setia menuruti arahan Yesus. Adakah Injil Yudas ini mendedahkan suatu cerita baru Yesus? Adakah umat Kristian patut bimbang akan sejarah dan persepsi baru ini?

Injil Yudas dijumpai pada tahun 1978 oleh seorang petani di sebuah gua berdekatan El Minya di Mesir tengah. Para cendikiawan mentarikhkan penulisan teks qibli (Coptic text) ini di antara 300 T.M. dan 400 T.M. Kebanyakkan cendikiawan percaya teks asal ini ditulis dalam bahasa Yunani dan manuskrip asalnya ditulis di pertengahan abad kedua.

Penulis injil yang tidak diketahui dan tidak mungkin Yudas atau pengikut Yesus yang menulisnya. Ia adalah Gnostik yang mula diajar dan berkembang pada zaman itu. Irenaeus adalah yang terawal membidas Gnostik kerana penyelewengannya dalam penulisan beliau pada 180 TM. Injil Yudas ini adalah sama dengan bahan-bahan risalah Gnostik yang dijumpai di sepanjang Nil termasuklah set Nag Hammadi yang mengandungi 45 teks Gnostik iaitu Injil Maria, Injil Petrus dan teks-teks lain.

Apakah ajaran Gnostik ini? Ajaran Gnostik berkembang dari abad kedua hinggalah abad keempat. Apakah ajarannya? Ayat Gnostik berasal dari bahasa Yunani iaitu ayat gnosis ialah ilmu yang merujuk kepada mistik atau ilmu rahsia dari Tuhan dan penyatuan diri sendiri dengan Tuhan. Berikut adalah ringkasan falsafah Gnostik.

Pertama, Gnostik mengajar ilmu rahsia dualisme iaitu kebendaan duniawi adalah jahat dan alam rohani adalah suci. Kedua, Tuhan tidak mendekati manusia tetapi manusialah mendekati Tuhan, yang pada dasarnya bersifat ketuhanan. Tuhan adalah ruh dan cahaya dalam setiap individu. Bila seseorang itu mengenali dirinya, dia akan memahami kesemuanya. Ketiga, masalah asas dalam ajaran Gnostik bukanlah dosa tetapi kejahilan. Cara untuk menyatukan dirinya dengan Tuhan ialah mencapai ilmu mistikal. Keempat, keselamatan dicapai dengan memperoleh ilmu atau gnosis diri dan alam semulajadi yang sebenarnya. Kelima, matlamat ajaran Gnostik ialah penyatuan dengan Tuhan. Ini dicapai dengan membebaskan diri dari tubuh yang tidak suci ini supaya perjalanan jiwa individu melalui angkasa mengelakkan diri dari setan-setan dan menyatukan dirinya dengan Tuhan

Gnostik mengajar Yesus tidak berbeza dari para pengikutNya. Mereka yang memperoleh persepsi Gnostik akan menjadi Kristus seperti Yesus. Profesor agama dari Universiti Princeton, Dr. Elaine Pagels menulis, ?Sesiapa yang mencapai gnosis bukan lagi seorang Kristian tetapi Kristus?. Dengan ini, Yesus bukanlah Anak Tuhan yang unik yang mati untuk dosa dunia tetapi seorang guru yang mendedahkan ilmu rahsia kepada pengikutnya yang layak menerimanya.

Falsafah Gnostik adalah berbeza dari ajaran-ajaran Perjanjian Lama dan Baru. AlKitab menentang ajaran Gnostik berkenaan dengan doktrin asas sifat-sifat Tuhan, Yesus, kebendaan duniawi, dosa, keselamatan dan kehidupan akhirat. Para Yahudi dan Kristian menentang ajaran Gnostik sebagai ajaran sesat begitu juga Gnostik yang menentang ajaran Kristian. Injil Yudas mengajar falsafah Gnostik. Seperti risalah Gnostik yang lain, persamaan Injil Yudas dengan Perjanjian Baru hanyalah sedikit sahaja. Injil Yudas ini bercanggah dengan Perjanjian Baru dalam 2 perkara besar: Kandungan dalam Injil Yudas Falsafah Gnostik bercanggah dengan Alkitabiah Kristian dan Injil Yudas menggambarkan Gnostik dan bukanlah teologi AlKitabiah. Contohnya, falsafah Gnostic yang menggambarkan misi Yesus digambarkan dalam Injil Yudas ini.

Dr. Marvin Meyer, seorang professor AlKitab dari Kolej Chapman, merumuskan misi utama Yesus berdasarkan injil ini.

?Kematian Yesus dalam Injil Yudas ini bukanlah suatu tragedi mahupun jahat untuk pengampunan dosa-dosa.. Kematian adalah jalan keluar dari kewujudan fizikal absurd yang bukanlah suatu perkara yang ditakuti. Jauh dari kesedihan, tujuan kematiaan Yesus membebaskanNya dari tubuhnya supaya Dia dapat pulang ke rumahNya di syurga dan dengan mengkhianati Yesus, Yudas membantu kawannya untuk melucutkan diri dari tubuhnya dan membebaskan diri dalamnya

Misi Yesus dalam Perjanjian Baru jelas ternyata. Dia datang untuk mati bagi penebusan dosa-dosa dunia dan menguasai kubur melalui kebangkitan tubuhNya. Bertentangan dengan Injil Yudas yang mengajar Yesus yang ingin mati untuk membebaskan diriNya dari pemenjaraan tubuhNya.

Selain itu, ajaran asas Gnostik ialah masalah manusia bukanlah dosa tetapi kejahilan. Yesus bukanlah Penyelamat tetapi hanyalah seorang guru yang mendedahkan ilmu rahsia kepada orang yang layak menerimanya. Yudaslah yang dianggap yang layak memnerima ilmu ini. Dr Meyer menulis,

?Bagi Gnostik, masalah asas bagi manusia bukanlah dosa tetapi kejahilan dan jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah ini bukanlah melalui iman tetapi melalui ilmu. Dalam Injil Yudas, Yesus menyampaikan kepada Yudas dan pembaca-pembaca injil ini ? ilmu yang dapat menghapuskan kejahilan dan membawa kesedaran pada diri sendiri dan Tuhan?

Ajaran Gnostik juga berpandangan dunia fizikal ini jahat. Tuhan tidak mencipta dunia fizikal ini. Tetapi Dia mencipta aeon-aeon malaikat-malaikat yang kemudiannya akan mencipta, menjaga ketenteraman dan menguasai dunia fizikal ini. Oleh kerana kebendaan itu tidak suci, maka Tuhan tidak memasukki secara langsung ke dalam ciptaan fizikal ini. Dalam Injil Yudas, Yesus bertanyakan kepada pengikutnya, ?Bagaimanakah anda mengenali saya? Mereka tidak menjawabnya betul. Sebaliknya Yudas menjawab, ?Saya tahu siapakah kamu dan dari mana kamu datang. Engkau datang dari alam kekal Barbelo?

Barbelo dalam ajaran Gnostik ialah emanasi Tuhan pertama, yang biasanya disebut sebagai ibu dan ayah. Oleh sebab Tuhan tidak memasukki dunia yang tidak suci ini, alam perantara Barbelo dimana dunia fizikal ini dicipta tanpa mencemarkan Tuhan.

Jelasnya, Barbelo adalah istilah Gnostik dan asing dari ajaran Kristian. Yesus menyatakan dalam Yohanes 3:13 bahawa Dia datang dari syurga. Ayat Yunaninya ialah houranos. Penulis Perjanjian Baru melihat Yesus duduk si sebelah kanan BapaNya. Yesus tinggal di syurga yang kekal bersama dengan BapaNya.

Sebab-sebab Injil Yudas bukan sebahagian dari Perjanjian Baru Ada beberapa sebab kita tidak menganggap Injil Yudas sebagai alkitabiah yang diilhamkan. Pertama, ia ditulis terlalu lewat tanpa hubungan dengan para rasul. Para Rasul Kristus diberikan ilham dan kuasa untuk menulis kitab suci. Syarat-syarat kemasukkan ke dalam kanon Perjanjian Baru ialah ia perlu ditulis oleh rasul Kristus atau orang yang terdekatnya.

Memandangkan hubungan dengan rasul diperlukan, ia seharusnya ditulis pada abad pertama. Terdapat banyak bukti keempat-empat Injil dalam Perjanjian Baru ditulis pada abad pertama. Injil Yudas ditulis pada pertengahan abad kedua maka ia terlalu lewat untuk dimasukkan ke dalam kanon.

Kedua, alkitabiah yang diilhamkan itu mestilah konsisten dengan wahyu Tuhan yang terdahulu. Tuhan adalah Tuhan yang benar dan bukan sebaliknya. Maka firmanNya tidak bercanggah dengan kebenaran. Falsafah Gnostik dalam Yudas ini tidak konsisten dengan ajaran Perjanjian Lama dan Baru.

Perjanjian Lama mengajar Tuhan mencipta dunia fizikal dan Adam serta Hawa (Kejadian 1-3). Dalam Kejadian yang mengisahkan semua ciptaan Tuhan adalah baik. Ini bercanggah dengan ajaran Gnostik, Tuhan menciptakan dunia fizikal ini dan mengisytiharkannya baik.

Ajaran Gnostik juga mengajarkan Tuhan tidak mencipta dunia fizikal ini sebab bahan-bahan dunia ini tidak suci, maka Tuhan menciptakan aeon-aeon dan malaikat-malaikat. Makhluk-makhluk inilah yang menciptakan alam fizikal. Dalam Injil Yudas, Yesus mendedahkah kejadian dunia ini, kemanusiaan dan para aeon dan para malaikat. Para malaikat ini yang membawa ketenteraman pada kucar-kacir. Salah satu malaikat-malaikat, namanya Saklas yang menciptakan Adam dan Hawa. Injil ini memberitahu:

Biarlah 12 malaikat-malaikat dijadikan untuk menguasai huru hara dan alam ghaib. Dan lihatlah dari awan datangnya malaikat yang mukanya berpancar cahaya dengan api serta penampilannya dicemari dengan darah. Namanya ialah Nebro yang bermaksud pemberontak. Saklas, malaikat yang lain itu juga datang dari awan. Nebro mencipta enam malaikat-malaikat lain begitu juga dengan Saklas untuk menjadi pembantu masing-masing. Maka terjadi 12 belas malaikat-malaikat ini dan masing-masing mempunyai bahagiannya dalam syurga.

Ia juga mengatakan,

"Saklas memberitahu malaikat-malaikatnya, "Marilah kita mencipta manusia yang menyerupai kami dan imej kami. Mereka mencipta Adam dan isterinya Hawa dalam awan yang dipanggil Zoe?"

Ini amat bercanggah dengan ajaran dalam Perjanjian Lama dimana Tuhanlah yang menciptakan dunia ini. Tuhanlah juga yang mencipta Adam dari tanah dan isterinya Hawa dari Adam.

Injil Yudas juga bercanggah dengan ajaran Perjanjian Baru juga. Ia mengajar tubuh itu jahat dan Yesus ingin membebaskan diriNya dari tubuh fizikalNya. Yesus mengarahkan Yudas, ?Tetapi engkau (Yudas) akan melebihi dari mereka. Engkau akan mengorbankan orang yang berpakaiankanku? Melalui kematian Yesus dengan bantuan Yudas akan membebaskan rohNya untuk bersatu dengan Tuhan.

Perjanjian Baru mengajarkan bahawa Yesus tidak pernah ingin membebaskan diriNya dari tubuhNya. Faktanya, Yesus mengajar bahawa kebangkitanNya adalah kebangkitn fizikal (Yohanes 2:19-22). Dalam Lukas 24:39, Yesus menjelaskan kepada para pengikutNya bahawa Dia mempunyai tubuh fizikalNya. ?Lihatlah tangan-Ku dan lihatlah kaki-Ku. Aku sendirilah ini! Sentuhlah Aku dan lihatlah, sebab hantu tidak berdaging dan tidak bertulang, seperti yang kamu lihat ada pada-Ku." Dalam Yohanes 20 dan 21, Yesus juga mendedahkan tubuhNya yang disalibkan itu dibangkitkan. Dia juga menjemput Thomas dalam bab 20 untuk menyentuh parutNya. Jika Yesus bangkit sebagai ruh, Dia bersalah kerana menipu para pengikutNya.

Paulus mengajar dalam 1 Korintus 15 berkenaan dengan kebangkitan tubuh. Dia menerangkan bahawa Yesus bangkit dari maut dan sebanyak 500 orang saksi yang bersaksi akan fakta ini. Dia juga menerangkan kebangkitan tubuh itu ialah tubuh fizikal tetapi berlainan dengan tubuh kita di dunia ini. Semasa kebangkitan, tubuh umat Kristian akan dimuliakan. Ini jelas bercanggah dengan ajaran Gnostik yang cuba membebaskan diri dari tubuh yang tidak suci. Paulus tidak mengajar umat Kristian untuk membebaskan diri dari tubuh mereka malah menantikan kebangkitan tubuh (1 Tesalonika 4:13-18).

Kesimpulan

Sungguhpun dengan adanya gembar-gempur dari pihak media, Injil Yudas ini sama sekali tidak menjejaskan kesahihan Injil-Injil mahupun menidakkan keTuhanan Yesus. Injil ini tidak boleh dianggap sebagai kitab suci yang diilhamkan seperti buku-buku dalam Perjanjian Baru. Ia ditulis pada lewat abad kedua dan ia tidak ditulis oleh Rasul Yesus atau orang terdekat dengan rasul. Ajaran-ajarannya juga bercanggah dengan Perjanjian Lama dan Baru. Informasi yang sedikit dibentangkan itu tidak boleh dijadikan bahan bersejarah. Injil Yudas memberikan kita gambaran yang lebih kepada permulaan Gnostik. Ia tidak membentangkan fakta sejarah Yesus yang boleh menjejaskan Perjanjian Baru jua.

(David Chong", Hedonese@yahoo.com)
←   →

VISIT NOW

111

Visitor

Flag Counter
 

Copyright © 2009 by BIC Blog

Designed by Templater